Rabu, 26 Mei 2010

KURSUS KEMAHIRAN BELAJAR TAHUN 6

KURSUS KEMAHIRAN BELAJAR TAHUN 6 ( 2010 )

Tarikh : 20 dan 21.1.2010 ( 6 Mawar )
25 hingga 27 Januari 2010 ( 6 Kenanga )
9 hingga 11 Februari 2010 ( 6 Cempaka )
Tempat : Makmal Komputer
Kursus Kemahiran Belajar Tahun 6 Mawar telah dijalankan pada 20 dan 21 Januari 2010. Kursus bermula pada jam 8.40 pagi bertempat di Makmal Komputer. Sebelum semua berkumpul di Makmal Komputer, sesi pendaftaran dijalankan di Dewan Terbuka. Guru Bimbingan menyemak kehadiran murid-murid. Murid-murid Tahun 6 Mawar menerima taklimat kursus di sampaikan oleh Guru Bimbingan. Sebelum kursus bermula, murid-murid dibahagikan kepada 5 kumpulan untuk aktiviti perbengkelan. Dalam Slot 1 bermula di Makmal Komputer pada pukul 8.50 pagi dengan sesi Ceramah Kemahiran Mendengar Dengan Berkesan. Murid-murid didedahkan dengan kepentingan Mendengar Dengan Berkesan dan Cara-cara Meningkatkan dan Memotivasikan Diri Untuk Mendengar. Seterusnya murid murid diminta menggunakan organ deria untuk mengenal pasti dan mendengar sesuatu objek. Semasa penerangan ini murid-murid ditunjukkan demonstrasi pengajaran secara amali dengan melihat pengajaran guru di hadapan dan menceritakan semula apa yang disampaikan oleh guru.
Kursus Kemahiran Belajar Tahun 6 Kenanga bermula pada 25 hingga 27 Januari 2010. Sesi kursus diambil berdasarkan mata pelajaran bukan teras. Kursus bermula pada 25 Januari 2010, pukul 9.10 pagi bertempat di Makmal Komputer. Semua murid diagihkan mengikut kumpulan. Kehadiran diambil sebelum agihan kumpulan. Kumpulan diagihkan kepada enam kumpulan. Beberapa orang fasilitator juga dipilih untuk membantu penceramah mengagihkan bahan-bahan ceramah. Pada pukul 9.20 pagi, Slot 1 dimulakan dengan sesi Ceramah bertajuk Kemahiran Mendengar Dengan Berkesan. Semasa sesi ini penceramah menekankan kepentingan mendengar dan melihat pengajaran guru di dalam kelas. Semua murid perlu menumpukan perhatian sepenuhnya kepada guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Penceramah juga menerangkan cara meningkatkan kemahiran mendengar dengan berkesan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan