Ahad, 27 Jun 2010

Kem Motivasi Kemahiran Belajar Tahun 5 Kenanga

Kem Motivasi Tahun 5 Kenanga diadakan pada 1 Jun hingga 4 Jun yang lalu. Dalam program ini jenis-jenis kemahiran yang sama juga telah didedahkan kepada semua murid Tahun 5 Kenanga. Bertempat di Bilik Mesyuarat dengan suasana yang selesa dan nyaman semua murid 5 Kenanga dapat mengikuti program ini dengan jayanya. Pelbagai kemahiran yang didedahkan telah memberi input berguna kepada semua murid. Mereka juga dibekalkan dengan fail poket dan bahan-bahan semasa sesi motivasi berlangsung. Respon positif diterima memberi keyakinan kepada penceramah bahawa tindakan guru-guru dan ibu bapa dalam membuat `follow up' dan bimbingan kepada murid akan menjadikan murid-murid mencapai kecemerlangan. Semua murid Tahun 5 Kenanga akan disusuli dengan perjumpaan-perjumpaan bulanan untuk melihat daya usaha dan motivasi diri.

Kem Motivasi Kemahiran Belajar Tahun 5 Mawar

Motivasi Kemahiran Belajar Tahun 5 Mawar ( 2010 ) telah dijalankan pada 18 hingga 20 Mei yang lalu. Dalam kem tersebut pelbagai kemahiran belajar telah didedahkan kepada semua murid seperti Kemahiran Mendengar Dengan Berkesan, Kemahiran Membaca, Kemahiran Mencatat Nota, Kemahiran Mengingat, Teknik Mengingat, Strategi Belajar Cemerlang, Pengurusan Masa, Jadual Waktu Peribadi Cemerlang, Ciri-ciri Pelajar Cemerlang, Pemakanan dan Kesihatan Pelajar Cemerlang dan Motivasi Kesedaran Jatidiri. Sepanjang program berlangsung semua murid memberikan respon positif dan menyatakan kemahiran-kemahiran yang dipelajari adalah input baru bagi menjadikan diri mereka pelajar yang cemerlang. Respon positif daripada dapatan soal selidik menyatakan program ini membantu mereka untuk melonjakkan diri menjadi pelajar cemerlang.

Rabu, 26 Mei 2010

KURSUS KEMAHIRAN BELAJAR TAHUN 6

KURSUS KEMAHIRAN BELAJAR TAHUN 6 ( 2010 )

Tarikh : 20 dan 21.1.2010 ( 6 Mawar )
25 hingga 27 Januari 2010 ( 6 Kenanga )
9 hingga 11 Februari 2010 ( 6 Cempaka )
Tempat : Makmal Komputer
Kursus Kemahiran Belajar Tahun 6 Mawar telah dijalankan pada 20 dan 21 Januari 2010. Kursus bermula pada jam 8.40 pagi bertempat di Makmal Komputer. Sebelum semua berkumpul di Makmal Komputer, sesi pendaftaran dijalankan di Dewan Terbuka. Guru Bimbingan menyemak kehadiran murid-murid. Murid-murid Tahun 6 Mawar menerima taklimat kursus di sampaikan oleh Guru Bimbingan. Sebelum kursus bermula, murid-murid dibahagikan kepada 5 kumpulan untuk aktiviti perbengkelan. Dalam Slot 1 bermula di Makmal Komputer pada pukul 8.50 pagi dengan sesi Ceramah Kemahiran Mendengar Dengan Berkesan. Murid-murid didedahkan dengan kepentingan Mendengar Dengan Berkesan dan Cara-cara Meningkatkan dan Memotivasikan Diri Untuk Mendengar. Seterusnya murid murid diminta menggunakan organ deria untuk mengenal pasti dan mendengar sesuatu objek. Semasa penerangan ini murid-murid ditunjukkan demonstrasi pengajaran secara amali dengan melihat pengajaran guru di hadapan dan menceritakan semula apa yang disampaikan oleh guru.
Kursus Kemahiran Belajar Tahun 6 Kenanga bermula pada 25 hingga 27 Januari 2010. Sesi kursus diambil berdasarkan mata pelajaran bukan teras. Kursus bermula pada 25 Januari 2010, pukul 9.10 pagi bertempat di Makmal Komputer. Semua murid diagihkan mengikut kumpulan. Kehadiran diambil sebelum agihan kumpulan. Kumpulan diagihkan kepada enam kumpulan. Beberapa orang fasilitator juga dipilih untuk membantu penceramah mengagihkan bahan-bahan ceramah. Pada pukul 9.20 pagi, Slot 1 dimulakan dengan sesi Ceramah bertajuk Kemahiran Mendengar Dengan Berkesan. Semasa sesi ini penceramah menekankan kepentingan mendengar dan melihat pengajaran guru di dalam kelas. Semua murid perlu menumpukan perhatian sepenuhnya kepada guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Penceramah juga menerangkan cara meningkatkan kemahiran mendengar dengan berkesan.

KEM MOTIVASI UPSR TAHUN 6 SIRI 1 / 2010







KEM MOTIVASI UPSR TAHUN 6 SIRI 1 / 2010
Tarikh : 2 dan 3 Mac 2010
Masa : 8.00 pg – 1.00 tgh
Tempat : Bilik Mesyuarat ( Kumpulan A )
Kelas 6 Kenanga( Kumpulan B )

Kem Motivasi UPSR Tahun 2010 ini ialah Kem Motivasi Teknik Menjawab Soalan UPSR Kali Pertama bagi Tahun 2010. Kem Motivasi ini melibatkan semua murid Tahun 6 yang terdiri daripada 103 orang murid.Semua murid tersebut dibahagikan kepada dua kumpulan, kumpulan pertama diwakili oleh 56 orang murid kelas 6 Mawar dan sebahagiannya Kelas 6 Kenanga. Sebahagian murid kelas 6 Kenanga dan semua murid Tahun 6 Cempaka berjumlah 47 orang dimasukkan dalam kumpulan kedua. Pemilihan murid bagi kedua-dua kumpulan ini dipilih berdasarkan kepada prestasi TOV PKSR 2 semasa dalam Tahun 5 ( 2009 ).


























RANCANGAN TAHUNAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING TAHUN 2010

JANUARI
1. Mengemaskini Bilik Bimbingan dan Kaunseling, menyediakan borang
2. Program Transisi Tahun 1
3. Pengurusan Fail Bimbingan & Kaunseling
4. Sebaran maklumat Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
5. Mesyuarat J/Kuasa Bimbingan dan Kaunseling Kali Pertama
6. Motivasi murid Tahun 6 (Pengurusan Masa dan Kemahiran Belajar)

FEBRUARI
1. Kem Pelajar Gemilang Tahun 6(Siri 1) Teknik Menjawab Soalan UPSR 2010
2. Kursus Kepimpinan Pengawas, PRS, Pengawas PSS, ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas
3. Pelancaran Kempen Pembudayaan Adab Gemilang
4. Pertandingan Kelas Sahsiah Cemerlang dan Keceriaan Kelas


MAC
1. Kem Sinar Harapan Siri 1 (Motivasi Teknik Menjawab Soalan UPSR Tahun 6)
2. Pertandingan Bijak Pidato Tahun 4
3. Motivasi Kemahiran Belajar Tahun 4
4. Motivasi Kemahiran Belajar Tahun 5


APRIL
1. Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR ( Siri 1 )
2. Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR ( Siri 2 )
3. Kem Kerdipan Bintang Tahun 5
4. Ceramah Anti Buli dan Anti Dadah


MEI
1. Bengkel Teknik Menghadapi Peperiksaan ( Siri 1 )
2. Bengkel Teknik Menghadapi Peperiksaan ( Siri 2 )
3. Bengkel Bercerita dan Pertandingan Bercerita Tahun 4
4. Kursus Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

JUN
1. Kem Tunas Cemerlang Tahun 4 Kumpulan 1 (Teknik Menjawab Soalan UPSR )
2. Sesi Perbincangan Status Pelajar Tahun 6 (Siri Kedua)
3. Kem Tunas Cemerlang Tahun 4 Kumpulan 2 (Teknik Menjawab Soalan UPSR)
4. Pertandingan Folio Kerjaya

JULAI
1. Ceramah 5 Minit Anti Buli (Perhimpunan )
2. Ceramah 5 Minit Keselamatan Jalan raya (Perhimpunan )
3. Kursus Kepimpinan Pengawas,PRS, PSS, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas
4. Sesi Perbincangan Status Pelajar Tahun 6 (Siri Kedua)

OGOS
1. Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru (Perkembangan Staf )
2. Kem Pelajar Gemilang (Siri 2)
3.Kem Sinar Harapan (Siri 2)
4.Bengkel Persediaan Menghadapi Peperiksaan UPSR

SEPTEMBER
1. Bengkel Kemahiran Belajar Tahun 4
2. Kem Kerdipan Bintang Siri 2 (Teknik Menjawab Soalan UPSR)
3. Program Awal Remaja
4. Bengkel Persediaan Menghadapi Peperiksaan PKSR 1 (Tahun 5)

OKTOBER
1. Lawatan Sambil Belajar ( Kerjaya ) Ahli PRS dan Pengawas
2. Pertandingan Kuiz Kerjaya Tahun 6
3. Pertandingan Bijak Pidato Tahun 6
4. Penyediaan Laporan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Tahun 2010

NOVEMBER
1. Taklimat Kemasukan Ke Sekolah Menengah
2. Ceramah Kerjaya Perubatan
3. Penyediaan Perancangan B&K Tahun 2011
4. Mesyuarat AJK Bimbingan daN Kaunseling Kali Kedua Sesi 2010

DISEMBER
1.
Kemaskini Bilik dan fail Unit B&K

JANUARI HINGGA DISEMBER
1.
Mengendalikan Sesi Bimbingan Individu dan Kelompok
2. Khidmat Konsultasi Ibu Bapa / Program Perbincangan Status Pelajar Bersama Ibu Bapa
3. Lawatan ke rumah pelajar ponteng / bermasalah / miskin

























JAWATANKUASA UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK TAIPING TAHUN 2010















PENASIHAT

En. Mohd Noor Rashid b. Youb

Guru Besar



PENGERUSI

En. Shamsudin b. Ismail

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid




SETIAUSAHA

En. Muhd Bukhary b. Zakariah

Guru Bimbingan




AHLI JAWATANKUASA

Pn. Azizah bt. Jaafar

Pn. Hamimah bt. Ahmad

Pn. Normala bt. Dalleh

Pn. Roslinah bt. Ab Ghani

En. Soong Wen Jeng

Pn. Zuraidah bt. Abd Rahman

Pn. Kala Devi a/p Rogornathum

Pn. Junaidah bt. Abd Raof

En. Ally Basira bt. Mohd Khalil

Pn. Suseela a/p Letchumanan

En. Mazlan b. Jaid

En. Megat Azmin b. Saari

Pn. Siti Aminah bt. Ijat

Pn. Asnah bt. Malik

Pn. Wong Khong Mai