Ahad, 27 Jun 2010

Kem Motivasi Kemahiran Belajar Tahun 5 Kenanga

Kem Motivasi Tahun 5 Kenanga diadakan pada 1 Jun hingga 4 Jun yang lalu. Dalam program ini jenis-jenis kemahiran yang sama juga telah didedahkan kepada semua murid Tahun 5 Kenanga. Bertempat di Bilik Mesyuarat dengan suasana yang selesa dan nyaman semua murid 5 Kenanga dapat mengikuti program ini dengan jayanya. Pelbagai kemahiran yang didedahkan telah memberi input berguna kepada semua murid. Mereka juga dibekalkan dengan fail poket dan bahan-bahan semasa sesi motivasi berlangsung. Respon positif diterima memberi keyakinan kepada penceramah bahawa tindakan guru-guru dan ibu bapa dalam membuat `follow up' dan bimbingan kepada murid akan menjadikan murid-murid mencapai kecemerlangan. Semua murid Tahun 5 Kenanga akan disusuli dengan perjumpaan-perjumpaan bulanan untuk melihat daya usaha dan motivasi diri.

Kem Motivasi Kemahiran Belajar Tahun 5 Mawar

Motivasi Kemahiran Belajar Tahun 5 Mawar ( 2010 ) telah dijalankan pada 18 hingga 20 Mei yang lalu. Dalam kem tersebut pelbagai kemahiran belajar telah didedahkan kepada semua murid seperti Kemahiran Mendengar Dengan Berkesan, Kemahiran Membaca, Kemahiran Mencatat Nota, Kemahiran Mengingat, Teknik Mengingat, Strategi Belajar Cemerlang, Pengurusan Masa, Jadual Waktu Peribadi Cemerlang, Ciri-ciri Pelajar Cemerlang, Pemakanan dan Kesihatan Pelajar Cemerlang dan Motivasi Kesedaran Jatidiri. Sepanjang program berlangsung semua murid memberikan respon positif dan menyatakan kemahiran-kemahiran yang dipelajari adalah input baru bagi menjadikan diri mereka pelajar yang cemerlang. Respon positif daripada dapatan soal selidik menyatakan program ini membantu mereka untuk melonjakkan diri menjadi pelajar cemerlang.